66% Pengguna Malaysia Menggunakan Fungsi Carian Melalui Peranti Mudah-Alih

66% Pengguna Malaysia Menggunakan Fungsi Carian Melalui Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada July 19, 2011 oleh .

Hari ini, Google telah mengadakan salah satu acara khas di Kuala Lumpur, iaitu Think Mobile Kuala Lumpur, dimana melaluinya, pelbagai perkara menarik berkaitan dunia mudah-alih dan penggunaannya oleh para pengguna tempatan telah dikongsikan bersama-sama para hadirinnya.

Seperti sedia maklum, telefon dan peranti mudah-alih kini telah menjadi amat popular, dimana terdapat lebih daripada bilangan manusia seluruh dunia. Ianya turut diperkatakan yang mana di Malaysia, ianya mempunyai pengguna telefon pintar yang menggunakannya paling lama berbanding negara Asia yang lain. Di Malaysia, lebih 52% pengguna telah menggunakan telefon pintar lebih daripada 1 tahun.

Pada masa yang sama, ianya diperkatakan yang mana 3 daripada 4 pengguna menggunakan pelayar web pada telefon pintar mereka untuk melayari web, serta 66% pengguna telefon pintar menggunakan fungsi carian terus melaluinya.

Ianya turut dilaporkan yang mana 2 daripada 3 rakyat Malaysia menikmati akses kepada rangkaian sosial terus melalui peranti mudah-alih mereka. Dengan penambahan para pengguna telefon pintar dari hari ke hari, Malaysia dijangka akan menjadi negara yang utama menggunakan peranti pintar untuk akses sosial, carian dan juga menonton video.

Kamera dan rakaman gambar oleh Saudara Asri Symbianku.com


TIPS & ULASAN