Cari @ Amanz

Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia Hanya Sekitar 9%

Oleh Aman

Link Copied!

Hari ini, Google melalui acara ThinkMobile Kuala Lumpur telah pun mengumumkan yang mana di Malaysia hanya terdapat lebih 9% telefon pintar sahaja, sekaligus memperlihatkan pasaran yang amat luas sekali untuk telefon pintar di Malaysia, dengan kadar peningkatan yang amat tinggi sekali.

Mungkin ini merupakan salah satu perkara mengapa kini kebanyakkan penyedia telekomunikasi menawarkan peranti pintar melalui pakej talian pascabayar mereka.

Pada masa yang sama, Google turut berkongsikan statistik penggunaan peranti mudah-alih di Malaysia, iaitu sebanyak 95% daripada rakyat Malaysia menggunaakn telefon mudah-alih ataupun telefon pintar berbanding peranti yang lain.

Daripada apa yang diperlihatkan, hanya lebih kurang 24% pengguna menggunakan laptop ataupun notebook, dan hanya 17% yang menggunakan dekstop ataupun PC. Angka ini dijangka terus berubah dengan lebih banyak tablet dan peranti pintar mula memasuki pasaran tempatan.

Kamera dan rakaman gambar oleh Saudara Asri Symbianku.com


Komen ()