Cari @ Amanz

Setelah sebelum ini CEO Nokia memperlihatkan peranti pertama Windows Phone mereka dengan nama kod SeaRay, kini sebuah video khas yang memperlihatkan peranti tersebut menggunakan Windows Phone mula kelihatan, sekaligus memperlihatkan dengan lebih dekat lagi peranti yang berkemungkinan menjadi peranti Windows Phone pertama dari Nokia.

Sebelum ini, Nokia turut sama telah mengumumkan yang mana mereka akan mengeluarkan sejumlah peranti Windows Phone dalam tempoh setahun, dan sekurang-kurangnya satu peranti Windows Phone sebelum penghujung tahun ini.

Selain daripada Windows Phone, Nokia masih akan mengeluarkan telefon Symbian mereka, serta pada masa yang sama mengeluarkan satu-satunya peranti MeeGo mereka pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd