Cari @ Amanz

Bersama-sama statistik pengguna telefon pintar tempatan, ianya juga kini diketahui yang mana di Malaysia, lebih ramai pengguna wanita menggunakan telefon pintar berbanding pengguna lelaki.

Pengguna wanita yang menggunakan telefon pintar, dilihat lebih muda, dan juga mempunyai pekerjaan tetap sepenuh masa, serta menetap di kawasan metropolitan, dengan pendapatan yang tinggi.

Selain daripada itu, Google turut mengumumkan yang mana di Malaysia, para pengguna lebih gemar memilih jenama Nokia, dan diikuti oleh Sony Ericsson dan Samsung sebagai telefon pintar mereka.

Ianya juga turut diketahui yang mana lebih daripada 27% pemilik telefon pintar di Malaysia menggunakan internet pada telefon pintar sekurang-kurangnya sekali sehari, sekaligus memperlihatkan akses internet dan pelayaran web yang lebih tinggi berbanding pada PC ataupun laptop.

Steve Murphy Ipsos Mobile two thirds of Malaysians with smartphones are women #thinkmobileklless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

Kamera dan rakaman gambar oleh Saudara Asri Symbianku.com

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd