Carian
Penggunaan Rangkaian Sosial Pada Telefon Pintar Adalah Amat Tinggi Di Malaysia
July 19, 2011 Aman

Selain diperkatakan yang mana majoriti pengguna telefon pintar adalah wanita, ianya juga turut dikeluarkan statistik mengenai penggunaan peranti pintar oleh para pengguna tempatan. Melaluinya, ianya diperlihatkan yang mana para pengguna tempatan paling gemar untuk menggunakan peranti pintar mereka untuk penggunaan rangkaian sosial mereka.

Selain daripada itu, ianya turut memperlihatkan yang mana para pengguna tempatan juga gemar untuk membuat carian terus melalui telefon pintar mereka, iaitu menduduki tempat kedua, dibelakang penggunaan untuk fungsi rangkaian sosial.

Ianya diikuti oleh aktiviti pelayaran internet secara umum ditempat ketiga, dan diikuti untuk penggunaan emel serta perkongsian video yang mana masing-masing mempunyai hampir penggunaan yang sama.

Kamera dan rakaman gambar oleh Saudara Asri Symbianku.com

Komen