Setelah melancarkan aplikasi Google+ untuk para pengguna Android, kini aplikasi tersebut turut sama telah dilancarkan untuk para pengguna iOS, membolehkan para pengguna iPhone menggunakannya dengan mudah terus melalui telefon pintar mereka, dan mengikuti segala perkembangan Google+ pada iPhone mereka.
Para pengguna iPhone yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma melalui Apple AppStore, dan aplikasi tersebut menyokong iPhone 3G, iPhone 3GS dan juga iPhone 4, dan memerlukan para pengguna berusia berumur 13 tahun dan keatas untuk menggunakannya.
Berkemungkinan pada masa yang sama, mungkin Google turut sama akan memperkenalkan aplikasi yang serupa dan dioptimasikan untuk para pengguna tablet iPad. Namun masih tiada maklumat berkaitan dengannya buat masa ini.
Kemaskini : Ianya kelihatan yang mana para pengguna tempatan masih tidak boleh memuat-turun aplikasi ini buat masa ini.