Cari @ Amanz

Dengan jadual pembangunan baru yang menggunakan tempoh pembangunan selama enam bulan, kini pembangun Joomla telah pun melancarkan Joomla 1.7 seperti mana yang dinantikan oleh semua pengguna, dan sedia untuk dimuat-turun dan digunakan oleh semua pengguna.

Melalui Joomla 1.7, ianya lebih kepada kemaskini sekuriti, dan semua pengguna Joomla 1.6 sedia ada diminta untuk mengemaskini platform mereka kepada versi terkini secepat mungkin. Ini adalah kerana, selepas 19 Ogos, iaitu sebulan daripada sekarang, Joomla tidak lagi akan menyokong versi 1.6.

Para pengguna Joomla yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemaskini Joomla 1.7 ini terus daripada halaman rasmi mereka, ataupun mula memuat-turun versi baru Joomla, dan menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd