Apple Mengesahkan Pelancaran OS X Lion Esok

Apple Mengesahkan Pelancaran OS X Lion Esok

Diterbitkan pada July 20, 2011 oleh .

Setelah kedengaran pelbagai ura-ura berkaitan dengan sistem operasi generasi baru daripada Apple, iaitu OS X Lion, kini Apple sendiri telah pun mengumumkan dan mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkannya pada hari esok, sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi yang kedengaran.

OS X Lion

OS X 10.7 Lion bakal membawakan pelbagai perkara baru padanya, dan hanya akan ditawarkan melalui MacStore sahaja dengan harga $29.99. Melaluinya ianya membawakan lebih 250 fungsi baru, termasuk juga sokongan untuk membuat salinan simpanan fail secara automatik, sokongan aplikasi dalam skrin penuh, dan pelbagai perkara yang lain.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya esok.

P/S: Buat siapa-siapa yang masih berkira-kira nak upgrade ke OS X 10.7 Lion, boleh tunggu reviu dari kami pada minggu depan :)


TIPS & ULASAN