Apple Telah menjual Lebih 20.34 Juta iPhone Dan 9.25 Juta iPad

Apple Telah menjual Lebih 20.34 Juta iPhone Dan 9.25 Juta iPad

Diterbitkan pada July 20, 2011 oleh .

Hari ini Apple telah pun mengeluarkan kenyataan kewangan mereka, sekaligus mengejutkan ramai pihak melalui angka jualan iPhone dan iPad mereka. Melalui suku tahun berakhir 25 Jun itu, Apple telah menjual lebih daripada 20.34 juta iPhone, dan pada masa yang sama telah menjual lebih daripada 9.25 juta iPad.

Selain daripada itu, ianya kelihatan yang mana jualan Mac pada suku tahun tersebut adalah kurang daripada jangkaan, dengan hanya 3.95 juta unit sahaja terjual. Jualan iPod juga menurun lebih 20%, dimana sebanyak 7.54 juta unit telah terjual.

Perkara ini sekaligus menjadikan pendapatan Apple kepada lebih $28.57 billion, dengan keuntungan sebanyak $7.31 billion.


TIPS & ULASAN