Cari @ Amanz

Lanjutan daripada ura-ura sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana tablet Android Honeycomb daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Tab 2 ataupun yang turut dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab 10.1 mungkin bakal dilancarkan dalam tempoh beberapa hari lagi. Namun ianya tidak dapat disahkan buat masa ini.

Ianya diperkatakan yang mana stok untuk tablet itu sudah pun terdapat di Malaysia, dan hanya menantikan pelancaran rasminya sahaja buat masa ini. Sebelum ini, Samsung Malaysia telah mengatakan akan melancarkannya pada bulan Julai. Walaubagaimanapun, masih tidak diketahui tarikh pasti pelancarannya, dan adakah ianya akan dilancarkan bersama-sama syarikat telekomunikasi ataupun hanya akan dilancarkan berasingan?

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjutnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd