Lanjutan daripada artikel yang ditulis pagi tadi, kini Telekom Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka, dan melaluinya TM mengesahkan perkara tersebut, dan turut mengatakan yang mana ianya merupakan isu lama, yang mana telah berlaku pada Disember 2009.
Sejak daripada itu, TM mengatakan telah mengambil langkah berjaga-jaga serta mengetatkan sekuriti mereka, selain turut sama mengadakan beberapa audit berkaitan sekuriti.
Pada masa yang sama, TM turut mengalakkan para pengguna mereka mengemaskini kata laluan setiap tiga bulan, dan mengatakan yang mana perlindungan data pengguna TM adalah perkara paling utama untuk mereka.
Sebelum ini, pada awal pagi tadi, GaySec telah melepaskan pangkalan data pengguna Streamyx dan juga kata laluannya yang berjumlah lebih daripada 2 juta akaun. Namun ianya tidak boleh diakses buat masa ini.