Apple Store Malaysia Sedang Dikemaskini – Pelancaran Produk Baru?

Apple Store Malaysia Sedang Dikemaskini – Pelancaran Produk Baru?

Diterbitkan pada July 20, 2011 oleh .

Nampaknya mungkin kita akan dapat melihat Mac OS X Lion dalam masa beberapa jam sahaja lagi, dan mungkin juga ianya bakal dilancarkan dengan kemaskini produk daripada Apple. Buat masa ini, ianya kelihatan Apple Store Malaysia sedang dikemaskini, dan mungkin kita akan ketahui apakah perkara baru yang dibawakan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Apple telah pun mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan OS X Lion hari ini ataupun esok. Namun teka teki berkenaan dengan MacBook Air generasi baru masih tidak diketahui lagi. Ianya diperkatakan sebelum ini, yang mana MacBook Air generasi baru ini akan membawakan slot Thunderbolt dan juga menggunakan cip Sandy Bridge yang terkini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN