Selepas melepaskan data pengguna GengBlogger dan juga Streamyx serta beberapa yang lain sebelum ini, kini GaySec kelihatan menutup sementara laman mereka diatas kehendak mereka sendiri, dan akan kembali tidak lama lagi.
Namun begitu, GaySec tidak memberikan sebarang info berkenaan dengan bilakah mereka akan kembali beroperasi semula. Sebelum ini, GaySec telah memperlihatkan beberapa masalah sekuriti pada laman-laman terkemuka, yang mana tidak diambil serius oleh pelbagai pihak.
Salah satu data terbesar yang telah dilepaskan mereka adalah data berkenaan dengan akaun Streamyx yang berjumlah lebih daripada 2 juta akaun. Namun begitu, mereka masih mengambil berat isu keselamatan dengan memadam pelbagai data peribadi sebelum melepaskannya kepada umum. TM turut sama telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara tersebut.