Apple Melancarkan MacBook Air Generasi Baru Dengan Thunderbolt

Apple Melancarkan MacBook Air Generasi Baru Dengan Thunderbolt

Diterbitkan pada July 20, 2011 oleh .

Sepertimana yang dinantikan, Apple telah pun melancarkan kemaskini untuk keluarga MacBook Air mereka, dengan membawakan cip pemprosesan yang baru iaitu Intel Core i5 dan i7, serta membawakan sokongan Thunderbolt dan juga papan kekunci dengan backlit. Pada masa yang sama, ianya turut didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi OS X Lion.

MacBook Air turut didatangkan dalam dua variasi, iaitu bersaiz 11-inch dan juga 13-inch, serta dengan variasi storan 64GB, 128GB dan juga 256GB. Harga jualannya bermula daripada serendah RM3099 dan berbeza bagi setiap variasi yang disediakan oleh Apple.

Pada masa yang sama, ianya turut dilaporkan yang mana Apple turut mematikan MacBook putih mereka yang sebelum ini.


TIPS & ULASAN