OS X Lion Sedia Dimuat-Turun Melalui Mac AppStore

OS X Lion Sedia Dimuat-Turun Melalui Mac AppStore

Diterbitkan pada July 20, 2011 oleh .

Selain daripada produk baru, Apple turut sama telah memperkenalkan kemaskini untuk sistem operasi mereka hari ini, dimana mereka telah melancarkan Mac OS X Lion secara rasminya, dan boleh dimuat-turun terus melalui Mac App Store pada harga cuma $29.99 bermula hari ini.

Melalui sistem operasi generasi baru ini, Apple membawakan lebih daripada 250 fungsi baru, yang mana turut menyertakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan gesture Multi-Touch, sokongan menggunakan aplikasi dalam skrin penuh, melihat semua perkara yang dijalankan pada Mac anda melalui Mission Control, dan juga Launchpad yang menjadi tempat utama untuk melihat semua aplikasi pengguna.

Untuk menggunakan OS X Lion, para pengguna hanya memerlukan Mac dengan Intel Core 2 Duo, i3, i5, i7 ataupun Xeon dan mempunyai memori sebanyak 2GB RAM. Selain daripada memuat-turun terus daripada Mac AppStore, pengguna juga boleh mengemaskini sistem operasi mereka dengan membawa peranti ke pengedar rasmi Apple, dan mengemaskininya di sana.


TIPS & ULASAN