Tilt Membolehkan Laman Web Diperlihatkan Dalam Bentuk 3D Pada Firefox

Tilt Membolehkan Laman Web Diperlihatkan Dalam Bentuk 3D Pada Firefox

Diterbitkan pada July 21, 2011 oleh .

Selain pelbagai perkara baru dibawakan oleh pasukan pembangun Mozilla, kini mereka memperkenalkan sebuah extension baru untuk Firefox yang dipanggil sebagai Tilt. Melaluinya, para pengguna boleh dengan mudah menjadikan dan memperlihatkan sesuatu web itu dalam bentuk 3D, dan menjadikannya lebih menarik lagi.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan dalam pembangunan versi-versi akan datang, lebih banyak fungsi 3D menarik dijangka akan diperkenalkan padanya. Bagi yang tidak ketahui, fungsi 3D pada Tilt ini dijayakan dengan penggunaan webGL.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun extension Tilt ini untuk Firefox, dan mula bermain-main dengan laman web kegemaran anda dengan hanya menekan CTRL + SHIFT + L.


TIPS & ULASAN