Google Mematikan Google Labs

Google Mematikan Google Labs

Diterbitkan pada July 21, 2011 oleh .

Hari ini, Google secara rasminya mengumumkan yang mana ianya akan menamatkan Google Labs daripada mereka, yang mana sekaligus akan menjadikan pelbagai ujian dan beberapa produk dan perkhidmatan pada fasa eksperimen akan dihentikan serta merta, dan sebahagiannya akan diintegrasikan pada produk-produk Google.

Walaubagaimanapun, ianya tidak akan menjejaskan fungsi ujian pada produk sedia ada, seperti GMail Labs dan juga Google Maps Labs. Ianya juga turut diperkatakan beberapa produk Google Labs yang disediakan sebagai aplikasi melalui Android Market akan kekal ditawarkan melalui Android Market.

Dengan mematikan Google Labs, Google dijangka akan membawakan pelbagai fungsi baru yang menarik untuk para pengguna dengan lebih pantas lagi, sekaligus membolehkan para pengguna menggunakannya dengan lebih senang dan bukannya dilabelkan sebagai eksperimen sahaja. Perkara ini diperkatakan seperti mana yang berlaku pada Google+, dimana Google memberikan akses beta tertutup kepada para pengguna, sambil pada masa yang sama mula memperluaskan pengguna mereka dari semasa ke semasa.


TIPS & ULASAN