Facebook sering menguji dan memperkenalkan pelbagai perkara baru pada laman sosial mereka, dan kini ianya kelihatan yang mana mereka sedang dalam proses menguji dan memperkenalkan fungsi komen media pada laman sosial terkemuka itu, membolehkan pautan yang ditinggalkan pada kotak komen ditukar dan dipra-lihatkan terlebih dahulu.
Perkara ini berkemungkinan akan mengurangkan serba sebanyak spam, dimana para pengguna boleh melihat pautan yang diperlihatkan dengan mudah. Selain daripada itu, ianya juga mungkin adalah salah satu strategi daripada Facebook untuk memastikan para pengguna lebih lama menggunakan dan melayari laman web mereka, dan tidak meninggalkan laman mereka itu dengan mudah.
Fungsi ini masih baru lagi, dan mungkin ianya sedang dalam bentuk ujian, dan akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna.