Cari @ Amanz

Selain daripada menjadikan antaramuka Windows, Xbox Live dan juga Windows Phone serasi menggunakan antaramuka Metro dan juga penggunaan Live Tiles, kini ianya kelihatan produk-produk berasaskan web mereka turut sama akan menerimanya, termasuk enjin carian popular dari Microsoft, iaitu Bing.

Ianya kini dilaporkan yang mana Microsoft sudah pun memulakan ujian untuk menguji antaramuka dengan sokongan Live Tiles pada Bing. Namun ianya tidak menyokong semua pengguna buat masa sekarang ini, dan hanya dapat dilihat oleh para pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Ianya dijangka, sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin Microsoft akan memperkenalkannya kepada semua pengguna seluruh dunia secara berperingkat. Jadi, apa komen anda berkenaan dengan antaramuka dengan sokonga LiveTiles pada Bing ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd