DiGi Kini Mempunyai 9.3 Juta Pengguna Di Malaysia

DiGi Kini Mempunyai 9.3 Juta Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan pada July 21, 2011 oleh .

Kini, DiGi telah pun mengeluarkan laporan suku tahun kedua untuk tahun ini, yang mana memperlihatkan kini DiGi mempunyai lebih daripada 9.3 juta pelanggan di Malaysia. Dan menariknya adalah dimana sebahagian besar daripadanya, iaitu seramai 5.3 juta pelanggan adalah mereka yang melanggan internet mudah-alih melalui mereka.

Ini mungkin serasi dengan fokus utama DiGi yang mana mereka lebih memfokuskan kepada menarik para pelanggan internet dan jalur-lebar dengan kempen “Internet for All”. Selain daripada itu, DiGi sendiri sebelum ini telah bekerjasama bersama-sama dengan Opera Software dalam membawakan Opera Mini kepada pelanggan mereka tanpa caj muat-turun perisian.

Bersama-sama dengannya, DiGi mengumumkan yang mana kini pendapatan mereka adalah sebanyak RM1.5 billion berbanding suku tahun yang sama tahun lepas, hanya pada RM1.3 billion, yang mana kebanyakkannya adalah daripada peningkatan penggunaan internet dan jalur-lebar mudah-alih sebanyak 113%.


TIPS & ULASAN