Dengan kebanyakkan syarikat telekomunikasi tempatan mula menguji dan membangunkan rangkaian LTE mereka, DiGi turut tidak ketinggalan, dimana kini mereka turut sama dalam fasa ujian, dan dijangka bakal mempunyai rangkaian yang menyokong LTE sebelum berakhirnya tahun 2012 kelak.
Namun begitu, ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan, memandangkan spektrum untuknya masih lagi belum diperkenalkan. Pengagihan spektrum ini berkemungkinan akan diumumkan oleh pihak kerajaan tidak lama lagi.
Pada masa yang sama, DiGi turut sama mengumumkan yang mana mereka kini lebih memfokuskan untuk membangunkan rangkaian yang menyokong data, serta pada masa yang sama memperluaskan kawasan liputan dan juga kapasiti serta kualiti rangkaian tersebut. Sebelum ini, DiGi turut sama telah mengumumkan kerjasama bersama-sama Celcom untuk berkongsi infrastruktur, dan pada masa yang sama membangunkan rangkaian mereka.