Cari @ Amanz

Selain mengumumkan penamatan Google Labs pada awal pagi tadi, Google turut sama mengumumkan suatu perkara yang mengejutkan ramai, dimana ianya kini tidak lagi akan mengeluarkan kemaskini Google Toolbar untuk Firefox, dan akan menghentikan sokongan untuk Firefox versi 5 dan terkini.

Menurut Google, salah satu sebab utama mengapa mereka menghentikan sokongan Google Toolbar untuk Firefox adalah kerana kebanyakkan fungsi yang didatangkan bersama Google Toolbar telah pun sedia disokong oleh pelayar web popular tersebut.

Dengan itu, ianya menjadikan versi terakhir Google Toolbar untuk Firefox yang dikeluarkan adalah untuk Firefox 4 sahaja, dan Google tidak lagi akan mengeluarkan versi selepas itu. Namun begitu, Google mungkin akan kekal mengeluarkan kemaskini untuk Internet Explorer memandangkan ramai pengguna Internet Explorer gemarkan Google Toolbar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd