Cari @ Amanz

Salah satu produk Google yang tidak begitu mendapat perhatian ramai adalah Google Directory, dan kini ianya kelihatan yang mana Google turut sama telah menghentikan Google Directory, dan mencadangkan para pengguna untuk menggunakan enjin carian mereka untuk mendapatkan maklumat lebih pantas.

Pada masa yang sama, Google turut mencadangkan para pengguna untuk mengakses Open Directory Project sekiranya masih gemarkan untuk melayari direktori web.

Sepanjang hari ini, Google telah menamatkan beberapa perkara, termasuk Google Labs dan juga Google Toolbar untuk Firefox. Berkemungkinan kini Google ingin menumpukan perhatian dan tenaga kerja mereka kepada sesuatu yang lebih memberi manfaat dan digunakan oleh lebih ramai pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd