Sebulan dua ini, pelbagai laman web menjadi sasaran, dan terkini ianya kelihatan yang mana laman web rasmi untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia telah digodam oleh para pengodam daripada Tunisia. Namun begitu, matlamatnya sedikit kabur, dan kelihatan seperti mereka salah sasaran.
Buat masa ini, laman tersebut memaparkan mesej dalam bahasa Arab (Tunisia) dimana lebih kepada berkaitan dengan pilihan raya di Tunisia. Namun begitu, segala kandungan pada laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia masih boleh diakses dengan mengakses halaman utama mereka secara terus melalui fail Index.php.
Ianya kelihatan yang mana seperti pihak pengodam tersebut hanya mengantikan fail utamanya sahaja, dan boleh diperbetulkan dengan membuang fail tersebut pada pelayan web tersebut.