Seperti sedia maklum, Firefox 8 masih lagi pada fasa Nightly, dan ianya turut sama ditawarkan dalam variasi 64-bit dan juga 32-bit, serta menjadi antara versi 64-bit yang stabil berbanding sebelum-sebelum ini. Pada masa yang sama, melalui suatu ujian ringkas yang dilakukan, ianya menunjukkan Firefox 8 64-bit berfungsi lebih pantas berbanding 32-bit.
Ianya dilihat yang mana Firefox 8 64-bit berfungsi lebih pantas dalam ujian berkaitan enjin JavaScript yang dijalankan. Namun begitu, dari segi memori, ianya masih lagi kekal menggunakan memori yang tinggi berbanding versi 32-bit. Walaubagaimanapun, ianya mungkin kerana masih lagi dalam proses pembangunan buat masa ini.
Firefox 8 dijangka akan dilancarkan sekitar bulan November kelak, dan mungkin kita akan dapat melihat perkembangannya, samada adakah versi 64-bit bakal dilancarkan dan membolehkan komputer Windows 64-bit menggunakan sepenuhnya fungsi perkakasan mereka, ataupun sebaliknya. Sama-sama kita nantikannya.