Walaupun Nokia dan juga Symbian masih menjadi pilihan utama para pengguna di Malaysia, hari ini, melalui laporan suku tahun kedua 2011, Nokia memperlihatkan kerugian hampir €500 juta, memperlihatkan yang mana Nokia perlu mengubah strategi mereka, dan mungkin memperkenalkan peranti Windows Phone mereka secepat yang mungkin.
Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Nokia, ianya menunjukkan yang mana jualan mereka telah jatuh sebanyak tujuh peratus sepanjang tahun lepas, dan jatuh sebanyak 11% jikalau dibandingkan dengan suku tahun pertama tahun ini. Ianya juga memperlihatkan yang mana Nokia hanya berjaya menjual sebanyak 16.7 juta unit peranti pintar sepanjang tempoh tersebut.
Walaubagaimanapun, menariknya adalah beberapa bahagian pada Nokia memperlihatkan perkembangan dalam pendapatan, termasuk bahagian infrastruktur – Nokia Siemens Networks dan juga bahagian pemetaan – Navteq. Mungkinkah Nokia dapat mengubah laporan ini pada penghujung tahun dengan pelancaran peranti MeeGo dan juga Windows Phone mereka?