Cari @ Amanz

Dengan jadual pembangunan yang kini lebih pantas, selain Firefox, hari ini Mozilla turut sama telah melepaskan Thunderbird 6 Beta, membolehkan para pengguna menguji dan menggunakan terlebih dahulu beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada klien emel popular daripada Mozilla itu.

Melalui Thunderbird 6 Beta ini, ianya membawakan sokongan untuk fungsi Jump List yang terdapat pada Windows 7, selain pada masa yang sama turut menyelesaikan beberapa perkara dan masalah yang hadir ketika proses mengimport emel daripada Microsoft Outlook. Ianya turut membawakan beberapa perubahan kecil pada antaramukanya, serta pelbagai penyelesaian pepijat yang telah dikenal pasti sebelum ini.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun versi pembangunan Thunderbird 6 Beta, ataupun menggunakan versi stabil terakhir yang dilepaskan, iaitu Thunderbird 5.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd