Cari @ Amanz

Setelah ditutup sementara halaman GaySec sebelum ini, kini ianya telah dibuka semula, dimana mereka membawakan logo yang baru, serta mengemaskini dengan beberapa halaman, serta membawakan rekabentuk halaman yang lebih kemas, dan penggunaan bahasa yang lebih cantik berbanding sebelumnya.

Selain daripada itu, menariknya adalah artikel terakhir yang diperlihatkan adalah berkenaan dengan GengBlogger.com, dan kemaskini berkenaan dengan Streamyx telah pun dibuang, berkemungkinan kerana beberapa perkara, yang mungkin mereka umumkannya tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, GaySec juga turut sama mengemaskini laman web mereka itu dengan menambah halaman Motif dan Objektif, supaya para pengguna boleh mengetahui dan mengenali mereka dengan lebih lanjut lagi. Berikut merupakan petikan mengenai objektif GaySec yang kami ambil daripada halaman rasmi mereka:

Objektif kami adalah untuk mewujudkan salah satu kumpulan yang menegakkan keselamatan sesuatu laman web atau apa sahaja sistem yang berada di dalam negera malaysia ini.

Kami tidak mahu malaysia menjadi salah satu mangsa ‘dibuli’ oleh pembuli siber, kerana itulah kami terpaksa melakukan perkara ini semua semata-mata untuk menyedarkan sesebuah pihak atau webmaster tentang keselamatan sesuatu sistem laman web atau sistem itu. Kami akan mengeluarkan bukti dan kenapa kami melakukan ini semua di dalam setiap posting’serangan’ kami.

Kami bukannya suka melakukan ini semua, tetapi kerana kami takut dan taknak jika suatu hari nanti dunia siber di dalam malaysia ini lumpuh dan menjadi “medan perminan” oleh sesebuah pihak kerana kesilapan seseorang webmaster atau sistem admin itu sendiri. Kami mahu setiap webmaster di malaysia ini saling mengingati dan sentiasa berwaspada dengan tahap keselamatan laman web sendiri sebelum menyalahkan kami, kami tidak akan pernah merosakkan sesuatu sistem itu, cuma kerana untuk memberi kesedaran terhadap keselamatan laman web itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd