Cari @ Amanz

Akhir-akhir ini Google+ semakin meningkat popularitinya, dan kini Google telah pun menambah portfolio syarikat dibawah mereka, dengan mengambil alih syarikat Fridge yang mana membangunkan aplikasi sosial berkumpulan, sekaligus memperlihatkan yang mana Google+ akan mengintegrasikan fungsi seumpama Facebook Groups tidak lama lagi.

Fridge menyediakan salah satu aplikasi ringkas untuk komunikasi berkumpulan, perkongsian gambar dan juga pengurusan acara. Pada masa yang sama, pembangun Fridge turut mengumumkan yang mana Fridge akan ditamatkan dan pembangunnya akan mula bekerja untuk Google+.

Mungkin dengan pembelian Fridge ini, kita akan dapat melihat Google+ mengintegrasikan beberapa fungsi tambahan tidak lama lagi pada produk sosial mereka yang semakin meningkat popularitinya itu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd