Sebanyak 14.8% Pelayaran Internet Melalui Telefon Bimbit Di Malaysia

Sebanyak 14.8% Pelayaran Internet Melalui Telefon Bimbit Di Malaysia

Diterbitkan pada July 22, 2011 oleh .

Walaupun penggunaan telefon pintar semakin meningkat dari hari ke hari dalam pelayaran web, penggunaan telefon bimbit biasa turut sama tidak ketinggalan. Melalui data yang dikeluarkan oleh comScore baru-baru ini, ianya memperlihatkan hampir 14.8% trafik di Malaysia masih hadir daripada penggunaan telefon bimbit biasa, berbanding telefon pintar yang lain.

Perkara ini, sekaligus menjadikan pengguna telefon bimbit di Malaysia turut sama gemar menggunakan telefon mereka untuk melayari laman web, selain pengguna telefon pintar yang lain. Daripada data yang dikeluarkan, ianya turut memperlihatkan yang mana hampir 28.1% trafik hadirnya daripada iPhone, 11.5% daripada Android dan 12.2% lagi daripada peranti pintar yang lain.

Walaubagaimanapun, pelayaran internet buat masa ini masih lagi aktif menggunakan komputer dan juga komputer riba yang mana berjumlah lebih 96.4% dan hanya sebanyak 3.6% sahaja pelayaran internet di Malaysia menggunakan peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN