Cari @ Amanz

Dengan pembangunan Windows Phone Mango yang semakin menghampiri fasa akhir, kini sedikit demi sedikit perkara baru, daripada 500 fungsi baru yang dijanjikan mula diperlihatkan, dan setelah memperlihatkan video notifikasi sosial yang baru, kini Microsoft memperlihatkan dua lagi vide baru menumpukan pada People Hub.

Salah satu perkara baru yang dibawakan oleh People Hub adalah sokongan Live Tiles, dimana kini para pengguna boleh pin akan sesuatu hubungan itu pada skrin utama, dan seterusnya melihat kemaskini semasa dan mengikuti notifikasi terus melaluinya.

Melaluinya, ianya akan membawakan kemaskini semasa daripada rangkaian sosial seperti Twitter, LinkedIN, dan Facebook, serta panggilan dan juga SMS mereka. Kesemua ini akan diperlihatkan dalam bentuk yang menarik melalui sistem Live Tiles pada Windows Phone Mango.

Ianya juga turut sama menyokong fungsi kumpulan, dimana para pengguna boleh mengkategorikan senarai hubungan mereka, dan mengikuti perkembangan mereka dengan mudah dan pantas.

Windows Phone Mango dijangka akan dilancarkan sekitar September ataupun Oktober, dengan beberapa peranti yang mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai platform mudah-alih daripada Microsoft ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd