Lebih Satu Juta Muat-Turun OS X Lion Dalam Tempoh 24 Jam

Lebih Satu Juta Muat-Turun OS X Lion Dalam Tempoh 24 Jam

Diterbitkan pada July 22, 2011 oleh .

Setelah Apple melepaskan sistem operasi generasi baru mereka pada hari Rabu, kini Apple telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka, dimana ianya dikatakan OS X 10.7 Lion telah pun dimuat-turun lebih daripada satu juta kali dalam tempoh sehari ianya dilancarkan, sekaligus memperlihatkan ianya menjadi jualan sistem operasi terpantas daripada Apple buat masa ini berbanding versi lain.

OS X Lion yang membawakan lebih daripada 250 fungsi baru itu ditawarkan oleh Apple untuk dimuat-turun melalui Mac AppStore pada harga hanya $29.99. Antara fungsi baru yang dibawakan adalah termasuk sokongan menggunakan aplikasi dalam bentuk skrin-penuh, pengurusan aplikasi melalui Launhcpad, aplikasi emel yang diberikan nafas baru, dan beberapa perkara lain lagi.

Bersama-sama dengan pelancaran OS X Lion tempoh hari, Apple turut sama melepaskan kemaskini untuk MacBook Air yang mana didatangkan dalam beberapa bentuk variasi.


TIPS & ULASAN