Cari @ Amanz

Sehingga kini ianya menjadi tanda tanya untuk bagaimanakah kelak Google akan memperkenalkan URL ringkas dan menarik untuk para pengguna Google+. Menariknya, kini ianya kelihatan yang mana Google memiliki beberapa domain yang berkaitan dengannya, termasuk nama domain Plus.me.

Ianya tidak pasti samada adakah Google akan menggunakan nama domain tersebut ataupun tidak. Namun penggunaan URL seperti http://plus.me/namapengguna kelihatan agak menarik, dan tidak mustahil Google menggunakannya.

Selain daripada Plus.me, Google turut memiliki beberapa nama domain yang lain, termasuk Plus1.me, PlusOne.me dan juga +.com. Mungkin juga Google memiliki beberapa nama domain yang lain yang tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diperkenalkan oleh Google kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd