Carian
Google+ Menerima 20 Juta Pengunjung Unik Dalam Tempoh 3 Minggu
July 22, 2011 Aman

Google+ terus memperluaskan dan mempertingkatkan angka pengguna mereka, dimana ianya kini dilaporkan yang mana laman tersebut telah menerima lebih daripada 20 juta kunjungan unik dalam tempoh hanya 3 minggu dilancarkan. Menariknya lagi adalah memandangkan ianya masih lagi perkhidmatan yang tertutup dan memerlukan jemputan untuk menggunakannya.

Selain daripada itu, baru-baru ini mereka telah melancarkan aplikasi iPhone, membolehkan para pengguna iPhone menikmati penggunaan rangkaian sosial terus melalui telefon pintar sepertimana pengguna Android sebelum ini.

Buat masa ini, Google+ masih lagi pada peringkat awal, dan sebaik sahaja ianya diintegrasikan sepenuhhnya dengan pelbagai fungsi baru, serta didatangkan bersama-sama YouTube dan juga GMail, semestinya ianya akan memberikan impak yang besar kepada Facebook dan lain-lain laman sosial yang lain.

Komen