Selain daripada pakej Instanet yang ditawarkan oleh Celcom, kini ianya kelihatan yang mana Celcom telah mengemaskini semula pakej mereka, dimana melalui kemaskini baru ini, Celcom menawarkan kelajuan yang lebih tinggi, serta had penggunaan data yang ditambah berbanding sebelumnya.
Kini, Celcom menawarkan kelajuan minimum sebanyak 7000kbps berbanding sebelumnya hanya 384kbps. Berkemungkinan kerana komen ramai pengguna berkenaan pakej Instanet sebelum ini. Selain daripada itu, had penggunaan data juga dipertingkatkan sehingga 6GB untuk pakej-pakej sebelum ini. Namun ianya tidak dapat dipastikan samada ianya hanya untuk pengguna baru sahaja, ataupun pengguna sedia ada turut mendapat kesannya.
Selain daripada itu, Celcom turut menambah pakej baru, iaitu Celcom Broadband Pro, membawakan had kelajuan sehingga 7.2Mbps dan menawarkan had penggunaan data sehingga 10GB pada harga RM138 sebulan.