Carian
Lebih Info Google Games Mula Kelihatan
July 22, 2011 Aman

Setelah kedengaran pelbagai berita berkaitan dengan Google Games sebelum ini, kini ianya seperti disahkan yang mana ianya akan diperkenalkan pada laman sosial Google+ tidak lama lagi. Pada Google+, para pengguna kelak boleh mengikuti perkembangannya dengan mudah melalui Games Stream.

Walaubagaimanapun, ianya masih belum aktif lagi buat masa ini, dan mungkin akan dilancarkan dalam sedikit masa lagi. Pada masa yang sama, ianya juga amat berbeza dengan Facebook Games.

Pada Google Games, semua permainan akan dimainkan terus melalui pelayan Google, dan bukannya melalui pelayan pihak ketiga. Perkara ini sekaligus akan membolehkan para pengguna menikmati permainan tanpa sebarang masalah, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna membangunkan permainan untuknya.

Selain daripada itu, hanya mengenakan caj sebanyak 30% bagi setiap transaksi, yang mana lebih rendah daripada platform yang lain. Mungkin API untuk Google+ akan turut sama dibuka tidak lama lagi, membolehkan pembangun membangunkan aplikasi untuknya.

Sama-sama kita nantikan perkembangan Google Games, selain beberapa fungsi lain, termasuk halaman khas untuk perniagaan dan jenama, serta pengenalan Groups padanya.

Komen