Aplikasi Android App Player Untuk PlayBook Kini Tersebar Di Internet

Aplikasi Android App Player Untuk PlayBook Kini Tersebar Di Internet

Diterbitkan pada July 22, 2011 oleh .

Sebelum ini, RIM sendiri telah memperlihatkan aplikasi Android App Player untuk BlackBerry PlayBook, membolehkan para pengguna menjalankan aplikasi Android pada tablet BlackBerry itu dengan mudah. Dan menariknya, kini kelihatan yang mana aplikasi tersebut sudah pun boleh dimuat-turun dalam bentuk beta.

Seperti sedia maklum dengan aplikasi berbentuk beta, ianya masih mempunyai sedikit perkara dengan kestabilan dan kelancaran aplikasi Android yang dijalankan padanya. Namun begitu, mungkin bagi mereka yang tidak sabar untuk menggunakan aplikasi Android pada PlayBook, boleh memuat-turun dan mengujinya, sementara menunggu RIM mengumumkannya secara rasmi.


TIPS & ULASAN