Sehingga kini, Google masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran ataupun pembukaan laman Google+ mereka kepada umum. Namun kini, ura-ura awal memperkatakan yang mana Google+ bakal dibuka kepada umum, dan tidak lagi memerlukan sebarang emel jemputan untuk mendaftar, bermula daripada 31 Julai kelak.
Namunn begitu, ianya tidak dapat dipastikan, memandangkan kesahihan sumber tersebut masih dipertikaikan, dan tidak begitu pasti. Buat masa ini, untuk menyertai Google+, para pengguna memerlukan emel jemputan daripada rakan mereka yang sedia ada di rangkaian sosial tersebut.
Buat masa ini, ianya turut dilaporkan yang mana Google+ mempunyai sekitar lebih kurang 20 juta orang pengguna aktif, dan berkemungkinan angka ini terus bertambah dari hari ke hari, dan mungkin dengan pelancaran rasminya kelak, ianya bakal mencapai suatu angka yang menarik dengan lebih pantas. Sama-sama kita nantikannya.