Syarikat disebalik BlackBerry, iaitu Research In Motion, kini telah pun mengumumkan pembelian syarikat JayCut oleh mereka, sekaligus memperlihatkan yang mana RIM bakal memperkenalkan fungsi untuk edit video terus melalui tablet PlayBook, serta beberapa sokongan perkomputeran awan bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
JayCut sehingga kini merupakan salah satu syarikat yang menyediakan aplikasi untuk edit video secara atas talian dengan mudah. Menurut RIM, mereka akan menambah sokongan untuk edit video pada platform BlackBerry, sekaligus membolehkan para pengguna BlackBerry Playbook menikmati fungsi tersebut, selain daripada sokongan rakaman video HD yang sedia terdapat padanya.
Harga pembelian JayCut tidak diumumkan oleh RIM.