Pangkalan Data Advertlets Bakal Dilepaskan GaySec Tengah Malam ini

Pangkalan Data Advertlets Bakal Dilepaskan GaySec Tengah Malam ini

Diterbitkan pada July 23, 2011 oleh .

Selepas Nuffnang, nampaknya kini Advertlets turut sama menjadi mangsa sekuriti, dimana kini GaySec mengumumkan yang mana mereka bakal melepaskan data pengguna Advertlets tepat pada pukul jam 12 tengah malam ini. Pada masa yang sama, ianya turut memperlihatkan kelemahan sekuriti pada kedua-dua laman pengiklanan terkemuka di Malaysia.

Memandangkan mengikut prinsip GaySec, mereka hanya akan melepaskan sebahagian daripada data sahaja, mungkin kita akan dapat melihat sebahagian daripada data pengguna Advertlets dikeluarkan oleh mereka.

Maklumat lanjut akan menyusul sebaik sahaja ianya dilepaskan.

TIPS & ULASAN