Ketahui Segalanya Berkaitan #AmanzRewards

Ketahui Segalanya Berkaitan #AmanzRewards

Diterbitkan pada July 23, 2011 oleh .

Mungkin sepanjang minggu lepas, ramai pembaca laman Amanz perasan akan sebuah butang khas dibahagian kiri laman yang tertulis Rewards. Dan melalui artikel ringkas ini, kami mungkin akan membalas beberapa pertanyaan yang ditanya oleh para pengguna berkenaan dengannya.

Secara ringkasnya, ianya merupakan salah satu cara Amanz memberi ganjaran kepada para pembaca, disamping pada masa yang sama menarik lagi para pembaca baru ke Amanz. Untuk mula menggunakannya, para pengguna hanya memerlukan akaun Facebook, dan anda sudah boleh mengumpulkan mata ganjaran untuk ditukarkan kepada pelbagai barangan dan hadiah menarik.

Para pembaca boleh mengumpulkan mata ganjaran setiap hari dengan beberapa cara, termasuk mengunjungi laman Amanz, meninggalkan komen pada artikel, menekan butang Like pada artikel, Tweet akan entri di Amanz, dan juga menekan butang +1 pada entri. Namun begitu, sebelum membuatnya pastikan anda telah menghubungkan akaun anda bersama-sama butang Rewards tersebut.

Berkenaan dengan ganjaran, kami kini dalam proses perbincangan bersama-sama dengan pelbagai pihak, dan dalam hari-hari akan datang, kami akan mengumumkan pelbagai ganjaran dan hadiah untuk pengguna melalui #AmanzRewards.

Update 22/08/11 == Senarai penaja #AmanzRewards

  1. Weddingkami
  2. Comics Directory
  3. Denai Hati
  4. Blackberry
  5. E-Website
  6. Terato Tech
  7. Evenesis

Terma Penebusan: Setiap kali barangan ditebus, pembaca akan menerima email pengesahan. Pihak kami juga akan menghubungi anda untuk tujuan penebusan. Bagi barangan yang melibatkan pengeposan, pengeposan akan dilakukan pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Dengan kata lain, sekiranya anda menebus barangan Blackberry pada 5 September, barangan tersebut akan diposkan pada 15 September. Dan sekiranya anda menebus barangan pada 18 September, pengeposan akan dilakukan pada 1 Oktober. Tertakluk juga kepada cuti mingguan dan hari bekerja.

Sekiranya para pembaca masih mempunyai soalan lanjut berkenaan dengannya, boleh hantarkan emel kepada ask[at]amanz[dot]my dan boleh ajukan dikotak komen dibawah, dan kami akan membalasnya. Terima kasih sekali lagi kerana menyokong Amanz.


TIPS & ULASAN