Lebih Seribu Data Pengguna Advertlets Dilepaskan GaySec

Lebih Seribu Data Pengguna Advertlets Dilepaskan GaySec

Diterbitkan pada July 24, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan oleh pihak GaySec sebelum ini, kini ianya kelihatan yang mana mereka telah pun mengeluarkan pangkalan data pengguna Advertlets yang berjumlah sebanyak lebih daripada 1 ribu akaun pengguna dilepaskan, dan boleh dimuat-turun semua. Ianya dilaporkan yang mana GaySec mendapat pangkalan data pengguna Advertlets dalam masa kurang 10 minit sahaja.

advertlets.com digodam dan 1 ribu database dilepaskan, sila semak pada halaman utama gaysec.net, terima kasih :)less than a minute ago via TweetDeck Favorite Retweet Reply


Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak GaySec berkaitan perkara ini:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Harini ini, kami telah melibat banyak maklum balas di laman sosial twitter mengenai laporan berita laman web nuffnang yang telah kami lepaskan pada pukul 12:00 malam, 23 julai 2011. Dan kami perasan terdapat ramai ahli di twitter tweet mengenai advertlets supaya berubah kepada servis pengiklanan advertlets.com pula.

Tetapi, tahukah anda? bahawa laman sesawang advertlets juga mempunyai banyak kelemahan sehinggakan kami sendiri juga boleh memasuki ke dalam server/pelayan advertlets dan melakukan beberapa “ujian tahap keselamatan” terhadap pelayan dan laman sesawang advertlets, sehinggakan kami dapat mendapatkan sebanyak lebih 50,000 ribu alamat email, kata laluan dan beberapa lagi alamat peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat dan lain-lain.

Bercakap tentang “advertlets”, semalam kami ada terbaca tweet di twitter daripada advertlets sendiri menyatakan “nuffnang” telah digodam oleh kami, dan menyuruh ahli yang mendaftar di nuffnang.com.my supaya menukar kata laluan demi keselamatan.

Dan, ketika laporan ini ditulis, kami ada terbaca salah satu “wall post” daripada Advertlets tentang kejadian yang menimpa terhadap nuffnang semalam, dan pihak Advertlets menyatakan kumpulan Advertlets telah bangun daripada tidur pada pukul 4:39 pagi untuk memeriksa keadaan keselamatan laman sesawang Advertlets.com untuk memastikan data dan maklumat pengguna Advertlets selamat, tetapi tiada laporan yang “buruk” telah di temui oleh mereka. Sebab? kerana kami sedang tidur waktu itu, haha.

Status “wall post” daripada Advertlets:

Tidak sampai 10 minit kami melakukan ujian keselamatan terhadap laman sesawang advertlets, kami telah dapat menjumpai kelemahan yang sangat senang dan mudah boleh dijumpai oleh seseoarang itu.

Ye, seperti biasa yang kami selalu katakan dan kami cuma akan berpegang pada satu perkataaan sahaja, iaitu “tiada sistem yang sebetul-betulnya selamat di dunia ini(no system is secure)”. Begitu juga dengan apa yang terjadi pada nuffnang dan juga advertlets. Motif kami tetap sama dan tidak akan pernah berubah walau sekali pun, iaitu untuk menegakkan dan membangunkan tahap keselamatan di sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini kepada sesuatu yang lebih baik. Kami mahu suatu hari nanti malaysia menjadi seperti negera lain yang mempunyai tahap keselamatan laman sesawang atau sesuatu sistem itu yang “terbaik”.

Tetapi, kami tetap percaya dengan prinsip kami, iaitu “tiada sistem yang betul-betul selamat di dunia ini”. Kami turut risaukan jika suatu hari nanti advertlets digodam atau dipergunakan oleh seseoarang untuk menyebarkan virus seperti di laman sosial facebook dan lain-lain, dengan hanya menggunakan “trafik” dan jumlah pelawat yang tinggi, seseorang itu boleh menapulasikan kelemahan itu untuk menyebarkan dan membuat perkara yang tidak baik dengan hanya menggunakan laman sesawang advertlets ini.

Seperti yang kami ingatkan, jangan la terlalu bermegah-megah dengan tahap keselamatan laman sesawang sendiri. Kerana tidak mungkin ada sistem di dunia ini yang dicipta oleh manusia adalah sempurna dan ramai lagi manusia di dunia ini jauh lagi hebat daripada kita, Allah sahaja yang mampu menjadikan sesuatu benda itu sempurna :).

Oh ya, sebelum terlupa, kami hanya akan melepaskan sebanyak 1 ribu sahaja daripada database adverlets yang kami dapat di atas sebab keselamatan dan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Muat turun database advertlets: http://www.gaysec.net/download/advertlets_1000.rar


TIPS & ULASAN