Obefiend Menyertai AmanzNetwork – Menguruskan Bahagian #TechTroll

Obefiend Menyertai AmanzNetwork – Menguruskan Bahagian #TechTroll

Diterbitkan pada July 24, 2011 oleh .

Kini, keluarga Amanz Network terus bertambah dengan penyertaan saudara Effi Nazrel ataupun yang mana dikenali sebagai Obefiend di internet. Dengan penyertaan Effi, beliau akan menulis secara mingguan di laman blog Amanz, dimana pada masa yang sama, sebuah segmen baru dinamakan #TechTroll akan diperkenalkan bermula daripada hari ini.

Effi Obefiend juga turut sama mempunyai blog beliau sendiri yang sememangnya terkenal, iaitu BlogSerius, dimana baru-baru ini telah memenangi Anugerah Internet DiGi WWWOW. Di Amanz, beliau akan menjadi penulis sampingan dan menulis secara mingguan, dan mungkin akan lebih kerap pada masa akan datang.

Dengan ini juga, Effi menjadi penulis rasmi ketiga di Amanz, dan mungkin kami akan mengumumkan beberapa lagi penulis rasmi tidak lama lagi. Bagi yang berminat untuk menyertai kami, boleh menghubungi kami melalui emel di media(a)amanz.my.

Segmen #TechTroll mungkin akan menggunakan bahasa Melayu pasar, dengan beberapa kesalahan ejaan dan juga bahasa.

TIPS & ULASAN

<script>