Carian
Fungsi Kawalan Dan Arahan Menggunakan Suara Pada iOS 5 Mula Kelihatan
July 24, 2011 Aman

Pada tahun lepas, Apple telah pun mengambil-alih Siri, yang mana menyediakan perkhidmatan pengenalan dan pencarian menggunakan suara. Kini, nampaknya melalui iOS 5, Apple mula mengintegrasikan fungsi tersebut, dan sudah pun mula kelihatan melalui versi pembangunan iOS 5 Beta 4 yang dilepaskan baru-baru ini.

Melalui iOS 5, fungsi tersebut dipanggil sebagai Assistant, yang mana membolehkan para pengguna peranti iOS mengawal menggunakan suara, dimana para pengguna boleh membuat beberapa perkara hanya dengan menggunakan suara sahaja.

Walaubagaimanapun, ianya masih menjadi tanda tanya samada ianya bakal diperkenalkan pada iOS 5 ataupun sebaliknya, memandangkan sebelum ini Apple tidak bercakap mengenainya. Selain daripada itu, ianya juga masih tidak diketahui berkenaan sokongan bahasa lain padanya.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan sokongan Assistant ini pada iOS.

Komen