Ulasan Ringkas Pelayar Web Internet Explorer 9

Ulasan Ringkas Pelayar Web Internet Explorer 9

Diterbitkan pada July 24, 2011 oleh .

Ramai pengguna yang agak skeptikal dengan pelayar web Internet Explorer, namun tahukah anda, sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows 7, Internet Explorer 9 adalah antara pelayar web yang terbaik, membawakan pelbagai fungsi dan nilai tambah bagi para penggunanya.

Sokongan Internet Explorer 9

Seperti yang pernah kami tulis sebelum ini, Internet Explorer 9 hanya menyokong sistem operasi Windows Vista dan juga Windows 7 sahaja. Malah, ianya mungkin menjadi salah satu konsep baru Microsoft, dimana kini sudah kedengaran yang mana Internet Explorer 10 kelak bakal mematikan sokongan untuk Windows Vista, dan hanya menyokong Windows 8 dan Windows 7.

Sekiranya komputer anda mempunyai grafik kad, ianya turut membawakan sokongan grafik, dimana pelbagai perkara disokong padanya, dan lebih menarik daripada komputer tanpa kad grafik.

Lebih Pantas, Kemas, Dan Laju

Memandangkan Internet Explorer 9 membawakan sokongan grafik (hardware-accelerated) untuk teks, video dan grafik, pelayaran web lebih pantas, serta memperlihatkan media dengan mudah dan pantas, tanpa sebarang gangguan.

Internet Explorer 9 juga turut sama membawakan enjin JavaScript yang baru, dinamakan Chakra, yang mana lebih bagus, dan menjadikan pelayaran web lebih responsif berbanding pelayar-pelayar web Internet Explorer sebelumnya.

Sokongan Kebolehan Untuk Pin Laman Pada Taskbar

Pin Windows
Salah satu fungsi menarik yang dibawakan oleh Internet Explorer 9 adalah sokongan untuk pin-akan sesuatu laman web itu pada taskbar anda dengan mudah. Perkara ini, sekaligus membolehkan anda melayari laman-laman kegemaran anda dengan lebih pantas, iaitu hanya menekannya pada taskbar sahaja.

Malah, beberapa laman web turut sama membawakan beberapa perubahan ringkas, dimana ianya mengubah Internet Explorer 9 bersesuaian dengan tema laman web tersebut. Para pembangun turut sama boleh mengambil peluang perkara ini, dan menjadikan sesuatu laman web itu lebih interaktif bagi para pengguna mereka.

Satu Kotak Untuk Semua


Melalui Internet Explorer 9, Microsoft turut sama mengintegrasikan fungsi carian pada kotak URL, dimana para pengguna boleh menaip URL padanya, selain pada masa yang sama turut menjalankan carian padanya. Untuk menjimatkan masa, para pengguna turut sama boleh mengaktifkan sokongan untuk cadangan, membolehkan anda melihat carian popular yang dilakukan oleh para pengguna.

Sekuriti Yang Dipertingkatkan

Salah satu fungsi yang dinantikan oleh ramai pengguna pada Internet Explorer, iaitu dimana melalui IE9, para pengguna lebih selamat dengan sokongan SmartScreen Filter yang didatangkan padanya. Melaluinya, ianya melindungi para pengguna daripada laman-laman yang berkonsep akan phishing, malware, spam dan beberapa yang lain.

Ianya juga turut menyertakan amaran sekiranya anda memuat-turun fail-fail yang tidak begitu sahih pembangunnya, sekaligus pada masa yang sama turut menjadikan sistem operasi anda selamat. Menariknya lagi adalah kerana ianya turut sama menyokong Download Manager, dan sentiasa memastikan muat-turun anda selamat.

Muat-Turun Internet Explorer

Bagi para pengguna Windows 7 dan juga Windows Vista, semestinya anda ingin menguji dan menggunakan pelayar web daripada Microsoft ini, terlebih dahulu sebelum versi seterusnya dilepaskan. Anda boleh memuat-turun dan mencubanya hari ini secara percuma.

Dan sekiranya anda telah mencuba pelayar web ini, apa komen dan maklumbalas anda berkenaan pelayar web ini berbanding yang lain?

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Microsoft.


TIPS & ULASAN