Cari @ Amanz

TechTrollSelepas menggodam laman sesawang Gengblogger, Nuffnang dan Advertlets minggu ini , kolektif penggodam GaySec hari ini melepaskan senarai nama dan kata aluan pengguna laman web Kawanster. Godaman dilakukan petang tadi mengakibatkan laman sosial paling takde kepentingan sosial di Malaysia ini mati talian untuk beberapa jam.

Gaysec juga melepaskan senarai nama pengguna dan kata laluan mereka sebanyak 10 orang kesemuanya. Wartawan Amanz Network berjaya mendapatkan komen dari pengelola laman Kawanster , Encik Eddie Masripal sebentar tadi dan beliau mengeluarkan kenyataan dibawah

“Eh ye ke Kawanster kena godam? Saya sendiri tak perasan pasal sebok memasukkan teman saiber kedalam bulatan di Google Plus. Ikhlas saya cakap walaupun saya tuan punya laman sesawang Kawanster.com, dah bepuluh purnama saya tak log masuk. Sekarang tunggu domain expire sahaje. Terima kasih la GaySec godam laman sesawang lana saya. Sekurang-kurangnya sekarang orang ingat kembali akan kewujudannya”

Sementara itu pihak Gaysec yang kami berjaya temuramah siang tadi sempat memberitahu kami sebab mengapa Kawanster menjadi mangsa godaman mereka;

“Kami lakukannya hanya untuk LULZ”

Penafian #techtroll

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd