Cari @ Amanz

Nampaknya, berkemungkinan ura-ura sebelum ini berkaitan Avatar Kinect adalah benar, dimana kini Microsoft sendiri telah mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkannya secara rasmi dalam masa beberapa hari lagi, iaitu pada minggu ini. Sebelum ini, ianya telah diperkatakan Avatar Kinect akan dilancarkan pada 27 Julai ini.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang tarikh rasmi berkaitan dengan pelancaran tersebut. Sebelum ini, Microsoft telah memperlihatkan perkhidmatan sembang video menggunakan avatar dan teknologi Kinect itu pada awal tahun ini, pada acara terkemuka, CES 2011.

Melaluinya, ianya membawakan cara baru yang unik untuk para pengguna Kinect berinteraksi antara satu sama lain, iaitu melalui penggunaan animasi avatar mereka sendiri. Dengan integrasi Kinect, ianya membolehkan pembacaan ekspresi muka, dan seterusnya memperlihatkannya pada avatar masing-masing dalam masa nyata. Menurut Microsoft, Avatar Kinect ini juga bakal menjadi pengalaman sosial baru yang menarik tidak lama lagi.

Lebih banyak maklumat berkaitan dengannya mungkin diketahui ketika pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd