Jualan Telefon Pintar Oleh Samsung Mungkin Melangkaui Apple Tahun Ini?

Jualan Telefon Pintar Oleh Samsung Mungkin Melangkaui Apple Tahun Ini?

Diterbitkan pada July 25, 2011 oleh .

Baru-baru ini, Apple dan Nokia masing-masing telah mengumumkan penjualan telefon pintar mereka, dimana Apple telah menjual lebih 20.3 juta iPhone dan Nokia dengan lebih 16.7 juta telefon pintar pada suku tahun kedua tahun ini. Namun, menariknya, kini diperkatakan berkemungkinan Samsung telah menjual lebih daripada kedua-dua gergasi ini.

Samsung Galaxy S

Menurut laporan yang dikeluarkan, ianya dijangka yang mana Samsung mungkin telah menjual antara 18 juta hingga 21 juta telefon pintar mereka pada tempoh suku tahun kedua tahun ini. Perkara ini sekaligus membolehkan Samsung melangkah Nokia dan RIM, serta menjadi pesaing Apple tedekat dalam jualan telefon pintar.

Sebelum ini, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy S2, yang mana menerima sambutan yang amat mengalakkan sekali daripada para pengguna, serta menjadi antara peranti Android dengan cip dwi-teras yang menjadi pilihan sekarang ini. Ianya turut diperkatakan yang mana Samsung dan Apple mungkin akan mempunyai jualan yang lebih kurang serupa dari segi telefon pintar pada penghujung tahun ini kelak.

Sama-sama kita nantikan laporan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua gergasi ini pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN