Walaupun ianya masih lagi tidak disahkan buat masa ini, ianya kini kedengaran ura-ura awal yang mana Nokia N9 berkemungkinan akan dilancarkan seawal 19 Ogos ini, iaitu kurang sebulan daripada hari ini. Perkara ini diketahui daripada salah satu laman web pengedar Nokia yang memperlihatkan tarikh tersebut.
Nokia N9 merupakan peranti pertama MeeGo daripada Nokia (dan mungkin terakhir?), yang mana membawakan pelbagai perkara menarik, termasuk sokongan NFC padanya. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana Nokia N9 turut sama akan menyokong aplikasi Android kelak, melalui aplikasi pihak ketiga padanya.
Harga awal untuk Nokia N9 yang diperkatakan adalah bermula daripada RM2005 untuk versi 16GB. Buat masa ini, Nokia masih lagi tidak mengeluarkan tarikh rasmi untuk pelancarannya, dan hanya memperkatakan yang ianya akan dilancarkan sebelum tahun ini berakhir.