Kini, ianya kelihatan yang mana Apple sudah pun memulakan ujian untuk integrasi iCloud mereka pada OS X, melalui versi pembangunan OS X 10.7.2 Lion yang baru diperkenalkan untuk para pembangun. Versi pembangunan tersebut diperkatakan hanya untuk ujian iCloud sahaja, tanpa sebarang fungsi baru yang lain.
Ianya dilaporkan yang mana melalui OS X 10.7.2 dan juga iCloud Beta 5, ianya mengemaskini beberapa perkara dengan panel kawalan iCloud, dimana melaluinya, ianya membolehkan para pengguna untuk memilih apakah yang mereka ingin simpan pada perkhidmatan awan tawaran Apple itu.
iCloud juga diperkatakan kelak akan menawarkan lebih ruangan untuk dibeli. Namun ianya masih lagi tidak aktif, dan harganya masih tidak diketahui. Buat masa ini, kelihatan Apple menyediakan ruangan sehingga 5GB melalui perkhidmatan awan mereka itu.
Ianya dijangka yang mana Apple akan melancarkan perkhidmatan iCloud kepada umum, bersama-sama dengan pelancaran iOS 5 dan juga kemaskini untuk OS X Lion tidak lama lagi.